Thursday, July 5, 2018

Ujian Segak dan Bleep Test

3 Julai 2018
Semua pelajar kursus WK002 yang terlibat telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melancarkan urusan ujian segak. Setiap kumpulan akan bermula di stesen ujian yang berbeza supaya tempoh ujian dapat disingkatkan bagi memberi ruang kepada 'bleep test' yang juga dijalankan pada hari yang sama.

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Semua pelajar perlu menentukan indeks jisim tubuh (BMI) masing-masing dengan mengukur tinggi dan menimbang berat mereka. BMI dapat ditentukan berdasarkan formula :
Berikut adalah carta BMI.
Dengan ini disertakan juga foto semasa aktiviti dijalankan.


Bangkit tubi / ringkuk tubi separa

Pelajar dikehendaki melakukan bangkit tubi atau ringkuk tubi separa selama dua minit  dan bilangan bangkit tubi atau ringkuk tubi separa telah direkodkan pada ruangan yang telah ditetapkan.

Tekan tubi

Pelajar dikehendaki untuk melakukan tekan tubi dalam masa satu minit dan bilangan tekan tubi yang berjaya telah dicatat dalam borang yang disediakan.

Naik turun bangku



Para pelajar dikehendaki menjalankan ujian naik turun bangku selama tiga minit dan bilangan naik turun banku telah direkodkan dalam borang masing-masing.

Jangkauan melunjur

Jangkauan melunjur telah dijalankan untuk menentukan kelenturan tubuh pelajar dengan menggunakan teknik yang tepat

Bleep test
Bleep test pelajar lelaki (video)


Berikut adalah foto bagi bleep test untuk pelajar perempuan






https://docs.google.com/spreadsheets/d/1xfq4HWcUb8uf7FRJC3MMRWmmfLEGQQObCWdRfYzw7SI/edit#gid=2052584778

No comments:

Post a Comment

Menyiapkan kad jemputan sempena Larian KAKOM 2018

17 Julai 2018 : Praktikum S1CT3 ditugaskan untuk menyiapkan kad jemputan untuk acara Larian KAKOM 2018 yang akan diadakan   di Kolej Matr...